Home Buletin Semasa KILANG PADI & BERAS DARULNAIM BEROPERASI PENUH, PROSES 600 METRIK TAN SEHARI

KILANG PADI & BERAS DARULNAIM BEROPERASI PENUH, PROSES 600 METRIK TAN SEHARI

176
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kilang Padi & Beras Darulnaim di Mukim Tasik Berangan, Gual Periok kini beroperasi sepenuhnya dengan kapasiti pemprosesan sehingga 600 metrik tan padi sehari, sekali gus memperkukuh rantaian industri padi dan beras di Kelantan.

Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi negeri, Datuk Tuan Saripudin Tuan Ismail berkata, operasi penuh kilang berkenaan menjadi langkah penting dalam meningkatkan kecekapan pemprosesan padi serta menjamin keterjaminan bekalan beras tempatan.

“Dengan kapasiti pemprosesan yang tinggi, kilang ini berupaya mempercepat urusan pemprosesan padi, sekali gus memberi manfaat besar kepada pesawah di negeri ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi pada Ahad. 

Menurut beliau, lawatan ke kilang itu turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) merangkap Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB), Datuk Zamri Ismail bagi meninjau perkembangan semasa operasi kemudahan berkenaan.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Exco Pertanian negeri, Datuk Shaari Mat Hussain.

Tuan Saripudin berkata, kewujudan Kilang Padi & Beras Darulnaim diharap menjadi pemangkin utama kepada pembangunan sektor pertanian negeri, khususnya dalam meningkatkan kebajikan pesawah dan mengukuhkan jaminan bekalan beras untuk keperluan rakyat Kelantan.

“Insya-Allah, kemudahan ini menjadi antara pemangkin utama dalam meningkatkan kebajikan pesawah, mempercepat urusan pemprosesan padi serta menjamin keterjaminan bekalan beras tempatan di Kelantan,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here