Home Luar Negara KETUA ICRC GESA HENTIKAN PENDERITAAN DI GAZA

KETUA ICRC GESA HENTIKAN PENDERITAAN DI GAZA

GENEVA: Presiden jawatankuasa antarabangsa palang merah, Mirjana Spoljaric, menggesa semua pihak bertindak segera menghentikan penderitaan manusia yang tidak dapat lagi ditanggung penduduk di semenanjung Gaza.

Mengikut laporan AFP melalui Berita Harian, ketika Israel mengisytiharkan perang ke atas Hamas yang memasuki fasa baharu dengan pengeboman besar-besaran dan serangan darat, Spoljaric berkata mangsa dalam kalangan penduduk awam meningkat dengan ketara.

“Saya terkejut dengan tahap penderitaan manusia yang tidak dapat ditanggung lagi dan menggesa pihak berkaitan konflik untuk meredakan apa yang berlaku sekarang.

“Kehilangan tragik ramai orang awam amat menyedihkan terutama wanita dan kanak-kanak, mangsa tidak berdosa dalam malapetaka ini.

“Adalah tidak boleh diterima bahawa orang awam tiada tempat selamat untuk pergi di Gaza ketika pengeboman besar-besaran dan dengan pengepungan tentera, tiada bantuan kemanusiaan yang mencukupi pada masa ini.” kata, Presiden Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah, Mirjana Spoljaric.

Spoljaric berkata demikian beberapa jam selepas setiausaha agung persatuan bangsa-bangsa bersatu (PBB), Antonio Guterres, dengan tegas mengkritik peningkatan pengeboman ke atas Gaza yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan menggesa gencatan senjata segera.

Tentera Israel hari ini memberi amaran kepada penduduk di utara Gaza, bahawa kawasan itu menjadi medan perang dan mengarahkan mereka berpindah segera ke selatan wilayah itu.

Israel melancarkan kempen pengeboman besar-besaran selepas pejuang Hamas merentasi sempadan Gaza pada 7 Oktober lalu, bagi melancarkan serangan terhadap Israel.

Pesuruhjaya tinggi PBB bagi hak asasi manusia, Volker Turk, memberi amaran hari ini ada potensi untuk ribuan lagi orang awam mati jika Israel melancarkan serangan besar di Gaza.

Konflik itu adalah yang kelima dan paling menakutkan di Gaza sejak Israel secara unilateral mengundurkan tentera dari wilayah Palestin pada 2005.

-AFP, BHARIAN ONLINE-

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here