Kota Bharu, KELANTAN: Menurutnya, sebelum individu itu mengalami strok haba mereka akan mengalami kelesuan haba terlebih dahulu.
Dr. atikah berkata seseorang itu akan mengalami suhu badan yang tinggi secara mendadak iaitu melebihi 40 darjah celcius dan dalam masa yang sama mengalami kelesuan yang melampau.
Beliau berkata terdapat beberapa golongan yang berisiko mengalami strok haba.
“So usually, strok haba ni biasanya boleh terjadi kepada orang yang berumur 45 tahun ke atas, atau 50 tahun ke atas pun boleh jadilah. Orang yang mengalami sakit-sakit kronik seperti kegagalan buah pinggang, kencing manis yang mempunyai komplikasi-komplikasi tersendiri, darah tinggi, masalah jantung okay, seterusnya kanak-kanak bawah 5 tahun dan bayi terutamanya lah, seterusnya wanita mengandung dan kebiasaannya kita, biasa akan dapat pesakit-pesakit yang aaa orang tua ada jugaklah usually 60 keatas kita consider orang yang berisiko tinggi.” -Dr. Wan Nur Atikah, Pegawai Perubatan KPJ
Menurut dr. atikah, strok haba akan diketahui melalui ujian darah serta simptom yang dialami pesakit.
“Sebenarnya strok haba ni dia tak boleh pandang ringan once dia dah sampai tahap strok haba. Sebenarnya once kita dah tahu dia dah start ada kelesuan haba daripada situ kita tak boleh pandang ringan. Bila dah start kelesuan haba kalau setengah tu kita akan terus suggest for addmission untuk drip.” – Dr. Wan Nur Atikah, Pegawai Perubatan KPJ
“Usually, pesakit kelesuan haba sebenarnya dia kurang air je di dalam badan tapi bila terlalu mcam kita jugaklah bila benda dah tak ada air kita akan kering so organ-organ badan akan kering lah that’s why dia senang dapat strok haba.” -Dr. Wan Nur Atikah, Pegawai Perubatan KPJ
Beliau berkata jika individu atau ibu bapa kepada pesakit mengelak anak mereka dirawat di hospital, pegawai perubatan akan menjelaskan langkah-langkah rawatan yang perlu dilakukan di rumah.
Katanya jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan kematian.
“Nasihat saya sebaiknya bila pesakit dah develop dah mengalami kelesuan haba kita jangan bagi dia sampai ke strok haba bila dah sampai ke strok haba kita dah panggil irreversible dah maksud irreversible tak boleh reverse dah sakit dia tu” – Dr. Wan Nur Atikah, Pegawai Perubatan KPJ
Dr. Atikah turut berkongsi langkah-langkah pencegahan bagi strok haba.
Antara langkah-langkah yang dikongsikan adalah orang ramai dinasihatkan duduk di dalam rumah kurangkan aktiviti di luar.
Jika kediaman mereka mempunyai pendingin hawa pastikan suhu berada sekurang-kurangnya 24 darjah celcius supaya suhu badan individu yang mengalami strok haba kembali dalam keadaan normal.
“Rawatan kita ada dua lah satu rawatan di rumah satu lagi rawatan di hospital kebiasaanya orang yang boleh dirawat di rumah biasanya kelesuan haba dululah, kelesuan haba macam mana macam saya cakap tadilah rawatan utama kita bagi air banyak okay kita hybrid dia selagi dia berpeluh maksud body dia still tengah adapting untuk menghasilkan normalize temprature body, yang kedua kita bagi pesakit tersebut rehat secukupnya” -Dr. Wan Nur Atikah, Pegawai Perubatan KPJ
Katanya jika pesakit tersebut menunjukkan simptom penat, tidak mahu minum air serta tidak dapat melakukan apa-apa pergerakan, maka mereka perlu mendapatkan rawatan di hospital.
Beliau berkata, jika berlaku kekejangan dan tidak sempat dirawat ia
Boleh menyebabkan otak tidak berfungsi serta organ akan mengecut.
Jadi jangan sesekali memandang ringan gejala strok haba.
Jaga diri anda dan anak-anak anda daripada terdedah kepada sinaran matahari dan hadkan melakukan aktiviti di luar ketika cuaca panas terik.
Imedikel TV






