Home Buletin Semasa KESIHATAN MATA DI TEMPAT KERJA

KESIHATAN MATA DI TEMPAT KERJA

206
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV

MACHANG: Ramai pekerja terdedah dengan skrin komputer ketika berada di pejabat dalam tempoh yang lama.

Justeru, ia boleh menyebabkan masalah mata yang dikenali sebagai Computer Vision Syndrome (CVS).

CVS disifatkan sebagai satu kumpulan masalah mata yang berpunca daripada penggunaan komputer yang berpanjangan.

Menurut Pakar Oftalmologi, Dr Siti Khadijah Abdul Rahman, mata merupakan salah satu organ manusia yang perlu bekerja keras setiap hari apabila melihat komputer.

Katanya, keletihan mata, sakit kepala, kabur, mata kering dan sakit di bahagian tengkuk atau bahu adalah gejala yang boleh menyebabkan ketidakselesaan pada mata.

“Objek tajam atau logam adalah alatan yang berpotensi cenderung terhadap kecederaan mata. 

“Selain itu, projektil seperti habuk, bahan kimia, sinaran ultraungu dan patogen bawaan darah daripada darah dan cecair badan juga boleh mencederakan mata,”katanya dalam ucapan ketika Program Hari Penglihatan Mata Sedunia 2023, di Kompleks Perpaduan Daerah Machang, di sini, hari ini.

Jelas Dr Siti Khadijah golongan lelaki adalah lebih berisiko  untuk mengalami kecederaan mata berbanding wanita.

“Sebanyak 38.7 peratus mereka yang bekerja dalam industri pembuatan dan 15.3 peratus yang bekerja dalam perdagangan cenderung untuk menghidap masalah mata,”katanya.

Beliau berkata, sikap pekerja yang tidak gemar memakai alat pelindung mata atau memakai alatan mata yang salah menjadi punca mereka mengalami kecederaan mata.

“Hanya 2.5 peratus yang menggunakan pelindung mata.

“Mereka yang mengalami masalah kecederaan itu perlu tahu cara untuk mencegahnya dengan mewujudkan persekitaran kerja yang selamat menggunakan screen pelindung,”katanya.

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here