Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV
RANTAU PANJANG: Sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kelantan menangkap ular sawa seberat kira-kira 100 kilogram (kg) di Kampung Batu Karang, di sini, hari ini.
Menurut Pegawai APM Daerah Pasir Mas, Kapten (PA) Mohd Arif Mohd Zain, ular sawa sepanjang 7 meter itu ditemui berada di pokok getah belakang rumah seorang penduduk, di sini.
Mohd Arif berkata sepasukan anggotanya bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.
“Skuad Bravo Pasir Mas telah respon kes menangkap ular di lokasi Kg Batu Karang dengan penglibatan 05x LLP.
“Pasukan kami keluar kira-kira jam 8 17 pagi dan mengambil masa 30 minit untuk menangkap ular,”katanya.
Katanya ular sawa itu dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) sebelum menyerahkan reptilia berkenaan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) negeri.