Home Buletin Semasa KESALAHAN TATATERTIB PEGAWAI BOMBA CATAT PENURUNAN

KESALAHAN TATATERTIB PEGAWAI BOMBA CATAT PENURUNAN

470
0

Oleh: NurAthirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kesalahan tatatertib pegawai bomba mencatatkan penurunan daripada 55 kes tahun lalu berbanding 13 setakat lima bulan tahun ini

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad berkata semua kesalahan dinilai dan tindakan diambil mengikut prosedur tatatertib.

“Tahun ini,berlaku trend yang ketara dalam penurunan berbanding tahun lepas dan ini adalah hasil daripada langkah berterusan yang kita laksanakan.

“Daripada kesalahan tatatertib yang kita ambil itu, sebanyak 11 membabitkan kesalahan ketidakadilan petugas berbanding sebelum ini banyak kes dadah,” katanya.

Jelasnya, setakat tahun ini, pihaknya masih tidak mempunyai rekod berkaitan kesalahan ketidakadilan petugas.

Dalam pada itu,kes rasuah turut merekodkan penurunan iaitu satu kes sahaja tahun ini berbanding dua kes tahun lalu.

Selain itu, Nor Hisham berkata, sepanjang 2022 hingga tahun lalu, sebanyak 88 kes diterima berhubung aduan integriti, manakala menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) pula sebanyak 304 kes.

Katanya,sebahagian besar aduan yang diterima melalui sistem eAduan Integriti melibatkan tindakan pegawai yang didakwa menyukarkan proses dan prosedur tertentu.

“Terdapat juga aduan berkaitan tindakan penyelia jabatan yang dianggap tidak wajar oleh pengadu.

“Dianggarkan 60 peratus daripada aduan yang diterima dikemukakan oleh kakitangan sendiri, manakala selebihnya datang daripada orang awam,” katanya.

Bagaimanapun, pihak jabatan memandang positif terhadap aduan yang diterima kerana ia dianggap

sebagai satu mekanisme penting dalam usaha membendung salah guna kuasa sertapelanggaran integriti dalam kalangan kakitangan.

Terdahulu, beliau hadir merasmikan Program Bicara Governans Integriti dan Anti Rasuah(BiGIAR) di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Kelantan di sini.

Turut hadir ialah Pengarah JBPM Kelantan Farhan Sufyan Borhan, Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (ICU JPM) Jasri Kasim serta Timbalan Ketua Polis Kelantan Deputi Komisioner Mohd Ali Tamby.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here