Home Buletin Semasa FYNA GLOBAL – IMEDIKEL METERAI MoU, SASAR KERJASAMA STRATEGIK JANGKA PANJANG

FYNA GLOBAL – IMEDIKEL METERAI MoU, SASAR KERJASAMA STRATEGIK JANGKA PANJANG

395
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Fyna Global Sdn. Bhd. menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama IMedikel Pharma Holding Berhad (IMPHB) bagi membangunkan beberapa produk utama yang bakal menjadi tunjang kepada perancangan perniagaan syarikat itu bagi tahun ini.

Menurut Pengarah Urusan Fyna Global, Noraida Mustafar, kerjasama itu menandakan satu permulaan baharu yang sangat bermakna bagi syarikat yang berpangkalan di Kemaman, Terengganu itu.

“Hari ini kami sudah menandatangani MoU antara Fyna Global dan IMedikel untuk beberapa produk.

“Alhamdulillah harapan saya dengan IMedikel sangat besar sebab kita ada beberapa produk utama untuk Fyna Global tahun ini dan kami berharap dapat kerjasama yang sepenuhnya daripada IMedikel,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani MoU, di Wisma IMedikel, di sini, hari ini.

Hadir sama Presiden IMedikel, Yusmat Mamat, Timbalan Presiden IMedikel, Hasnah Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan IMedikel, Syahrul Azlan Mahmood, Pengurus Besar Fyna Global, Hasmah Mustafar serta kakitangan daripada IMedikel dan Fyna Global.

Tambahnya, Fyna Global melihat potensi besar dalam IMedikel bukan sahaja dari sudut keupayaan pengilangan, tetapi juga daripada aspek komitmen syarikat farmaseutikal itu.

“Saya memilih IMedikel kerana komitmen mereka sangat tinggi. Selain itu, taraf kilang mereka yang mempunyai pensijilan farmaseutikal dan Amalan Perkilangan Baik (GMP) memberikan keyakinan kepada kami untuk menghasilkan produk yang berkualiti.

Sebelum ini, apabila kami mengeluarkan produk di kilang biasa, rasa yakin itu tidak sepenuhnya ada,” katanya.

Fyna Global berharap kerjasama ini dapat diteruskan untuk jangka masa panjang dan mengukuhkan lagi kedudukan kedua-dua pihak dalam industri.

“Apa sahaja produk selepas ini, insyaAllah kami akan terus bersama dengan IMedikel. Harapan kami agar kerjasama ini bukan sekadar usaha sementara tetapi satu komitmen yang serius,” katanya.

Kerjasama strategik itu dijangka membuka lebih banyak peluang inovasi dan pengeluaran produk yang lebih baik.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here