Home Luar Negara KES MH17 SAMBUNG JUN DEPAN

KES MH17 SAMBUNG JUN DEPAN

130
0

Hakim akan mendengar dakwaan Ukraine, Moscow melanggar perjanjian pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB) dengan menyokong puak pemisah Pro-Russia yang dikenal pasti oleh mahkamah belanda sebagai pihak bertanggungjawab dalam nahas itu.

Pada november tahun lalu, mahkamah belanda mensabitkan dua lelaki russia dan seorang warga Ukraine dengan membunuh kerana peranan mereka dalam menembak jatuh penerbangan MH17.

Seramai 298 penumpang dan anak kapal terkorban dalam kejadian itu dan ketiga-tiga suspek dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Penerbangan malaysia airlines mh17 dalam perjalanan dari amsterdam menuju ke Kuala Lumpur ketika ditembak jatuh di timur Ukraine pada julai 2014 ketika pertempuran di antara puak pemisah Pro-Russia dan tentera Ukraine.

Keputusan belanda mendapati Russia mempunyai kawalan keseluruhan ke atas pasukan republik rakyat donetsk di timur ukraine, mulai pertengahan mei 2014.

Mahkamah keadilan antarabangsa menetapkan empat hari perbicaraan pada 6, 8, 12 dan 14 jun depan untuk mendengar hujah kedua-dua pihak dalam kes itu.

Kes ini yang difailkan pada 2017, satu daripada dua kes ukraine yang dibawa terhadap russia di mahkamah.

Kes lain yang difailkan selepas operasi tentera russia di ukraine pada 2022 berpusat pada dakwaan Moscow menyerang ukraine untuk mencegah pembunuhan beramai-ramai. – reuters

Sumber BERNAMA

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here