Home Buletin Semasa 54 PREMIS MAKANAN ABAI KEBERSIHAN DIARAH TUTUP

54 PREMIS MAKANAN ABAI KEBERSIHAN DIARAH TUTUP

139
0

KUANTAN: Sebanyak 54 premis makanan di daerah ini diarah tutup selepas operasi gempur premis makanan 2023 yang diadakan bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini mendapati premis itu mengabaikan kebersihan.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam Dan Korporat Majlis Bandaraya Kuantan (Mbk), Norkamawati Kamal, berkata arahan penutupan premis terbabit dilaksanakan mengikut Seksyen 72 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Katanya, sepanjang tempoh itu, sebanyak 267 kompaun berjumlah RM 54,150 dikeluarkan terhadap peniaga terbabit.

“Antara kesalahan dilakukan ialah tidak menjalani pemeriksaan kesihatan, tidak memakai kad kesihatan dan membenarkan pekerja bekerja tanpa menjalani pemeriksaan kesihatan.

“selain itu, peniaga juga didapati membiarkan premis dalam keadaan kotor, tidak memperbaharui lesen, tidak memakai kasut ketika mengendalikan makanan, tidak memakai apron dan topi,”

“Selain itu, operasi turut dilakukan di Jalan Tun Ismail, Jalan Beserah, Teluk Cempedak, Jalan Wong Ah Jang, Cenderawasih dan Indera Mahkota,”

Norkamawati berkata, sebanyak 51 operasi gempur premis makanan 2023 dilaksanakan sepanjang tempoh itu.

Katanya, antara lokasi operasi itu ialah Tanjung Lumpur, R&R Simpang Gambang, Jalan Besar, Jalan Mahkota Dan Jalan Gambut.

Sumber BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here