Home Buletin Semasa KERJASAMA NANO MEDIC CARE DAN IMPHB DALAM BIDANG KESIHATAN

KERJASAMA NANO MEDIC CARE DAN IMPHB DALAM BIDANG KESIHATAN

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan I Medikel TV

KOTA BHARU: Nano medic care sdn. Bhd dan i medikel pharma holdings berhad, i-m-p-h-b mengadakan gabungan kerjasama perniagaan dalam bidang kesihatan.

Nano Medic Care melantik syarikat I-M-P-H-B menjadi wakil jualan di Pantai Timur untuk tiga produk yang sudah dibincangkan.

Menurut pengurus jualannya, Abdul Samad Kahar, tiga produk tersebut termasuk Continous Glucose Monitoring (CGM), Lactate Analyzer dan Automatic External Defibrillator (AED).

“Kita nak jadikan I Medikel ni sebagai wakil kita di Pantai Timur untuk barang-barang keluaran Nano Medic Care Sdn. Bhd. Bermula dengan tiga berangan ini. Dan seterusnya barang-barang yang lain akan kita perkenalkan kemudian dan mungkin juga untuk nano medic care juga mendapatkan barangan tertentu daripada I Medikel untuk kami pasarkan,” katanya.

Katanya kerjasama itu sudah berada di peringkat terakhir dan dijangka akan bermula tahun depan.

“Harapannya kita akan dapat mengembangkan usaha perniagaan ini ke arah lebih tinggi, dapat juga mengedarkan alatan kita kepada lebih banyak peringkat masyarakat, hospital, klinik, perniagaan dan seterusnya menjana pendapatan yang baik untuk kedua-dua Nano Medic Care dan juga I Medikel, ini bukan jangka pendek, ini jangka panjang untuk keberuntungan bersama,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif IMPHB, Azman Abdul Jalil, berkata kerjasama tersebut dapat mengembangkan lagi perniagaan kedua belah pihak.

“Kita jadi pengedar tunggal di Pantai Timur. Jadi itulah usaha sama pertama sekali dengan Nano Medic Care.

“Harapan kita, kita bermula daripada kecil dan insyaallah kita akan berkembang dengan lebih luas lagi. Bukan sahaja untuk medical device sebagai permulaan, kita juga akan bekerjasama dalam bidang ubat-ubatan, dalam bidang apa sahaja berkaitan dengan perubatan, latihan, mengadakan seminar dan sebagainya, jadi banyak perkara yang kita boleh bekerjasama dengan Nano Medic Care,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here