Home Buletin Semasa KERAJAAN TELITI SEMULA TAWARAN DISKAUN SAMAN KENDERAAN ASING

KERAJAAN TELITI SEMULA TAWARAN DISKAUN SAMAN KENDERAAN ASING

43
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kerajaan akan meneliti semula pelaksanaan tawaran diskaun yang diberikan kepada kenderaan asing termasuk Thailand di negeri sempadan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata sekiranya kadar tersebut tidak efektif untuk kenderaan asing, pihaknya akan mempertimbangkan pelaksanaan itu.

“Kita sedar di negeri sempadan termasuk Kelantan, Kedah dan negeri sempadan yang lain mempunyai masalah ini.

“Kita akan lihat balik dari segi pemantauan dan pengawasan. Jika dasar tersebut tidak efektif untuk kenderaan asing, kita akan lihat semula,”katanya.

Terdahulu beliau merasmikan Majlis Pelancaran Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST)-Bas.My Kota Bharu, di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya akan mengadakan sesi perbincangan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkenaan dasar tersebut.

“Saya akan berbincang dengan pihak JPJ. Ini khusus untuk kenderaan asing,’katanya.

Bagaimanapun menurut Loke sekiranya mereka melakukan kesalahan dan membuat pembayaran awal dalam tempoh yang ditetapkan, mereka akan dapat diskaun sebanyak 50 peratus daripada kadar saman yang ditetapkan.

“Kalau mereka bayar awal, mereka perlu bayar separuh sahaja, tetapi untuk kenderaan asing yang dikatakan ada masalah kita akan teliti semula dasar tersebut,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan bahawa pengurangan kadar kompaun daripada RM300 kepada RM150 didakwa mendorong lambakan kemasukan kenderaan Thailand.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Pengerusi Eksekutif Konsortimum E-Mutiara Berhad, Che Ibrahim Che Ismail.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here