Home Buletin Semasa KERAJAAN PERKENAL PENILAIAN BAHARU DARJAH EMPAT, TINGKATAN TIGA – PM

KERAJAAN PERKENAL PENILAIAN BAHARU DARJAH EMPAT, TINGKATAN TIGA – PM

194
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan memperkenalkan pendekatan baharu penilaian pembelajaran di peringkat sekolah rendah dan menengah menerusi Matriks Pembelajaran Malaysia.

Penilaian tersebut bermula dengan pelaksanaan Pengukuran Pembelajaran Tahun Empat pada 2026 diikuti Pengukuran Pembelajaran Tingkatan bermula 2027.

“Ini soal ujian penilaian peperiksaan mulai 2026, kita akan kembalikan sistem Matriks Pembelajaran Malaysia iaitu sistem penilaian atau peperiksaan yang akan dikendali oleh Lembaga Peperiksaan darjah empat sekolah rendah.

“Tahun ini, cikgu-cikgu kena ingat tahun ini ada ujian darjah empat sekolah rendah mengapa nak tunggu darjah enam?,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026 – 2035, di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, Pengukuran Pembelajaran Tahun Empat membabitkan empat matapelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Manakala, bagi Pengukuran Pembelajaran Tingkatan Tiga pula membabitkan lima pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.

”Maknanya kita buat penilaian dan kita tahu dua tahun darjah lima darjah enam itu kita perbaiki dan letakkan anak-anak supaya berikan ruang mereka perbaiki dalam dua tahun sebelum masuk ke Tingkatan Satu,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata beliau memahami kegelisahan Kementerian Pendidikan (KPM) berhubung arahan pelaksanaan yang dilihat terlalu pantas, namun langkah itu diambil kerana beliau yakim KPM cekap serta sentiasa berfikir demi masa depan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here