Home Buletin Semasa KERAJAAN NAFI HADKAN PEMBELIAN RON95 SEKALI SEHARI

KERAJAAN NAFI HADKAN PEMBELIAN RON95 SEKALI SEHARI

268
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan (MoF) menafikan laporan beberapa artikel media yang mendakwa kerajaan akan mengehadkan pembelian petrol RON95 kepada sekali sehari.

Dalam kenyataan semalam, MoF menegaskan kerajaan sama sekali tidak mempunyai rancangan untuk melaksanakan had tersebut.

“Walaupun kerajaan sedang meneliti langkah bagi mengelakkan penyalahgunaan subsidi RON95, pelaksanaan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) adalah bertujuan memastikan keperluan harian rakyat Malaysia dapat dipenuhi,” menurut kenyataan itu.

MoF menjelaskan, cadangan mengehadkan pembelian kepada sekali sehari jelas tidak selaras dengan matlamat utama skim tersebut.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here