Home Buletin Semasa KERAJAAN KELANTAN GUBAL SEMULA 16 KESALAHAN ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH

KERAJAAN KELANTAN GUBAL SEMULA 16 KESALAHAN ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH

314
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan komited menggubal semula 16 kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Negeri Kelantan 2019, dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada Feb lalu.

Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata pihaknya akan terus memperkasakan perundangan serta institusi syariah meskipun terdapat pelbagai cabaran.

“Sebagai kerajaan negeri yang meletakkan Islam sebagai dasar pentadbiran yang utama, kita tidak akan memberi ruang kepada sesiapa yang mencabar agenda syiar Islam terutama dalam aspek perundangan dan institusi syariah.

“Segala halangan dan cabaran yang datang tidak akan sesekali melemahkan semangat kita, sebaliknya jiwa-jiwa ini akan terus mengorak langkah demi memartabatkan agama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Konvensyen Pemantapan Perundangan dan Institusi Syariah (KONSIS) 2024 di Dewan Besar Sultan Ismail Petra, Kompleks Islam Darulnaim, Lundang, di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan yang juga pengarah KONSIS berkata konvensyen itu bertujuan untuk melihat ruang yang ada dalam kerangka perundangan Malaysia.

“Perkara ini ialah tanggungjawab kerajaan negeri selepaa diberikan mandat dan merangka langkah termasuk konvensyen bagi melihat cadangan daripada pakar akademik, hakim, peguam syarie dan peguam sivil untuk mengembalikan semula 16 kesalahan dalam enakmen yang terbatal,” katanya.

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here