Home Luar Negara BAHANG PANAS MENYEBABKAN BANYAK MONYET DI MEXICO MATI MENGEJUT

BAHANG PANAS MENYEBABKAN BANYAK MONYET DI MEXICO MATI MENGEJUT

120
0

COMALCALCO: Semakin banyak monyet di hutan tropika tenggara Mexico mati disyaki mengejut akibat kemarau dan gelombang haba yang melanda seluruh negara itu sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Ia berikutan di negeri Tabasco, minggu ini suhu diramalkan melepasi 45 darjah Celsius, dengan media tempatan melaporkan keadaan terbabit meragut nyawa 85 monyet, yang mana fenomena peningkatan suhu berkenaan turut dialami kebanyakan negara lain.

Pihak berkuasa tempatan mengesahkan kebanyakan monyet berkenan jatuh mati secara tiba-tiba, yang disahkan kerana kepanasan melampau, tanpa memperincikan bilangan sebenar angka korban.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad, agensi Perlindungan Awam Tabasco mengaitkan kematian itu dengan dehidrasi yang kritikal.

Sumber daripada agensi itu memberitahu Reuters semalam, kebanyakan monyet terbabit disahkan mati di tiga kawasan perbandaran di negeri itu.

Di dalam hutan di luar Camalcalco, Tabasco, sukarelawan dilihat mengumpulkan bangkai monyet spesies ‘alouatta palliata’ yang mati akibat suhu tinggi, sebelum meletakkan baldi air dan buah-buahan dalam usaha mengelakkan lebih banyak kematian.

Monyet spesies ‘howler mantel’ itu diklasifikasikan sebagai terdedah kepada ancaman dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN).

Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador, tidak menolak kemungkinan bahawa tragedi itu berlaku kerana suhu sangat tinggi.

“Sebelum ini saya pernah ke negeri lain bagi tempoh lama dan saya tidak pernah merasainya (bahang) seperti sekarang.

“Jadi, ya, kita perlu melindungi monyet dan kita akan melakukannya,” katanya yang berasal dari Tabasco, ketika ditanya mengenai kematian monyet pada satu sidang media.

Dalam perkembangan sama, Kementerian Alam Sekitar Mexico dalam satu kenyataan semalam berkata, pihaknya sedang menyelaraskan usaha untuk menangani kematian monyet berkenaan.

Ia dikaitkan dengan beberapa kemungkinan termasuk strok haba, dehidrasi, kekurangan zat makanan atau penyemburan tanaman dengan bahan kimia pertanian toksik.

Mexico juga adalah habitat kepada monyet spesies ‘howler Yucatan’, yang diklasifikasikan sebagai terancam dalam Senarai Merah IUCN, akibat penebangan hutan.

Kementerian Kesihatan Mexico, dalam kiraan awalnya, melaporkan 26 orang terkorban akibat suhu panas sejak permulaan musim panas Mexico pada 17 Mac dan 11 Mei lalu. – REUTERS, BH Online –

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here