Home Buletin Semasa KEPUTUSAN PERMOHONAN KE IPTA DAN MARA BPT BOLEH DISEMAK PADA 16 JUN

KEPUTUSAN PERMOHONAN KE IPTA DAN MARA BPT BOLEH DISEMAK PADA 16 JUN

530
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) peingkat Sijil, Asasi dan Diploma Sesi Akademik 2025/2026 bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh disemak pada 16 hingga 25 Jun.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, pelajar boleh membuat semakan bermula jam 12 tengah hari hingga 5 petang sepanjang tempoh tersebut.

“Semakan boleh dilakukan menerusi platform dalam talian di pautan https://jpt.utm.myhttps://jpt.uum.edu.myhttps://jpt.unimas.myhttps://jpt.ums.edu.my dan https://jpt.umt.edu.my selain melalui aplikasi mudah alih UPUPocket di telefon pintar.

“Pengesahan setuju terima tawaran boleh dibuat pada 17 hingga 25 Jun di laman web Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan MARA BPT,” jelas kenyataan itu pada Jumaat.

KPT turut memaklumkan, pihak IPTA dan MARA BPT akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada pelajar yang membuat pengesahan setuju terima tawaran sepanjang tempoh yang ditetapkan.

Selain itu, jelas KPT pelajar yang tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian peringkat sijil boleh membuat permohonan rayuan melalui UPUOnline® untuk kemasukan ke UA dan Politeknik di pautan https://upu.mohe.gov.my, dalam tempoh 10 hari bermula jam 12 tengah hari, 16 Jun sehingga 5 petang, 25 Jun.

Sementara itu, rayuan ke Kolej Komuniti dan Mara BPT boleh dikemukakan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.

“Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2025/2026 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian IPTA atau Mara BPT tidak dibenarkan,” tegas kenyataan itu.

Menurut KPT, dasar pemilihan rayuan pula adalah tertakluk kepada kekosongan tempat mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

Sebarang pertanyaan berkenaan permohonan UPUOnline® boleh dikemukakan kepada Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi di Aras 4, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, 62000 Putrajaya.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian 03-8684 2363 atau e-mel ke upu@mohe.gov.my.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here