Home Buletin Semasa KELANTAN REKOD HANYA 45 PERATUS PENGHIDAP KANSER TERIMA RAWATAN

KELANTAN REKOD HANYA 45 PERATUS PENGHIDAP KANSER TERIMA RAWATAN

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kelantan merekodkan hanya 45 peratus sahaja penghidap kanser payudara tahap satu dan dua yang menerima rawatan di hospital sebaik sahaja menyedari akan penyakit tersebut.

Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, DR Izamin Idris, berkata kurangnya kesedaran dalam melakukan saringan kesihatan menyebabkan selebihnya menerima rawatan apabila kanser sudah merebak pada tahap tiga dan empat.

“Kanser seharusnya dicegah pada peringkat awal kerana ia masih boleh dirawat jika pesakit membuat pengesanan awal dan menerima rawatan di hospital.

“Hal ini kerana, sebanyak 90 peratus pesakit memilih rawatan tradisional terlebih dahulu dan mendapatkan rawatan di hospital apabila rawatan tradisional tidak memberi kesan yang positif,” katanya kepada pemberita ketika sidang media selepas Sambutan Hari Kanser Sedunia, di HRPZ II, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, sekiranya pengesanan awal dilakukan, pesakit tidak perlu melalui banyak prosedur sekaligus dapat mengurangkan kos rawatan kanser.

Jelasnya, kanser payudara dan kolorektal adalah dua penyakit barah yang mencatat kes tertinggi di Kelantan dalam tempoh lima tahun.

“Penghidap kanser tidak perlu takut untuk mendapat rawatan keran tidak semua kanser perlu menjalani pembedahan namun sekiranya ia dicegah pada peringkat awal mungkin ia boleh sembuh dengan rawatan berkala dan pihak hospital bersedia membantu serta tidak henti untuk memberi rawatan yang terbaik untuk mereka,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here