Perkara yang menggembirakan ibu bapa apabila tumbuh gigi awal kepada anak-anak mereka.
Jadi, ibu bapa perlu menjaga tahap kebersihan gigi anak-anak daripada berlaku kerosakan pada gigi.
Namun, kerosakan gigi yang kerap berlaku adalah karies gigi.
Menurut portak myhealth, karies awal kanak-kanak adalah kerosakan gigi yang berlaku pada kanak-kanak di bawah umur enam tahun. Ia melibatkan satu atau lebih batang gigi. Ia merupakan proses pendemineralan asid terhadap gigi akibat kehadiran plak (tahi gigi) dan air liur.
Antara faktor penyebab karies gigi adalah kekerapan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi gula tinggi, kurang/tidak memberus gigi dan teknik memberus gigi yang tidak berkesan menanggalkan plak
Bagaimana terdapat beberapa faktor lain yang boleh meningkatkan risiko mendapat kerosakan gigi termasuk:
- Menyusu botol yang mengandungi sukrosa
- Transmisi bakteria daripada ibu kepada anak melalui air liur (Cth: Ibu dan anak berkongsi sudu makanan)
- Higin mulut ibu yang teruk
- Pengambilan ubat yang mengandungi gula
Apakah langkah yang boleh diambil untuk mencegah penyakit ini?
- Pengambilan diet yang mengandungi gula rendah
- Penggunaan ubat gigi berfluorida ( kandungan fluorida ?1000ppm)
- Memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari menggunakan ubat gigi berfluorida
- Ibu/bapa/penjaga perlu membantu kanak-kanak memberus gigi. Ibu/bapa atau penjaga perlu mengangkat bibir atas kanak-kanak (Lift the Lip), untuk memastikan tiada plak terkumpul di bahagian pinggir gusi.
- Keluarkan botol susu dari mulut sebaik sahaja habis menyusu botol
- Berhenti menyusu menggunakan botol (umur 1-3 tahun) dan diganti dengan cawan
- Menggunakan ubat ‘bebas gula’ sekiranya perlu makan ubat berbentuk cecair
- Minum air masak/berkumur selepas ambil ubat cecair yang mengandungi gula
- Menjalani pemeriksaan gigi setiap 6 bulan
Apakah rawatan kerosakan gigi?
- Rawatan fluorida topikal
- Rawatan pengapan fisur
- Rawatan tampalan amalgam
- Rawatan tampalan komposit
- Rawatan tampalan simen ionomer kaca
- Rawatan korona keluli nirkarat
- Rawatan pulpa
- Rawatan cabutan
Jika berlaku kerosakan gigi kepada anak-anak, anda dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan di klinik pergigian berdekatan anda.
Senyuman lebih menawan dengan gigi yang sihat.
IMEDIKEL TV






