Home Luar Negara KANAK-KANAK SELURUH DUNIA TERJERUMUS DALAM ‘POLIKRISIS’ AKIBAT PERANG

KANAK-KANAK SELURUH DUNIA TERJERUMUS DALAM ‘POLIKRISIS’ AKIBAT PERANG

251
0

LONDON: Kumpulan hak asasi manusia yang berpangkalan di Belanda, KidsRights, menggesa perlindungan yang lebih baik perlu dilaksanakan susulan hak kanak-kanak semakin terhakis akibat peningkatan konflik di seluruh dunia.

Badan yang menyampaikan anugerah ‘Hadiah Keamanan Kanak-Kanak’, yang sebelum ini dimenangi Greta Thunberg dan Malala Yousafzai, berkata antara krisis terburuk sekarang ialah peperangan di Palestin, Sudan dan Ukraine.

Menurut KidsRights, terdapat peningkatan sebanyak 21 peratus pencabulan hak kanak-kanak yang serius dalam konflik peperangan di seluruh dunia sejak tahun lalu.

Pencabulan hak kanak-kanak itu termasuk membunuh, mencacatkan kanak-kanak serta pengambilan dan penggunaan kanak-kanak sebagai tentera, penculikan dan dinafikan bantuan kemanusiaan.

KidsRights dalam laporan tahunannya, berkata selain konflik peperangan, golongan muda turut terjejas dan belum pulih sepenuhnya daripada kesan pandemik COVID-19.

Ia menyebabkan penurunan kadar imunisasi kanak-kanak di bahagian selatan dunia serta di hampir satu pertiga negara di Eropah Barat.

“Climate change induced disasters and the related displacement” also continue to threaten children’s rights around the world, as countries struggle to mitigate risks, it added.

“Perubahan iklim yang menyebabkan bencana dan perpindahan juga mengancam hak kanak-kanak di seluruh dunia dan kebanyakkan negara sedang berjuang untuk mengurangkan risiko dalam isu berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun, laporan itu turut memuji usaha positif dan konsisten daripada negara seperti Denmark dan United Kingdom (UK) untuk menghapuskan bahan api fosil secara berperingkat.

Pengasas dan Pengerusi KidsRights, Marc Dullaert, berkata laporan itu mendedahkan kesan buruk yang dialami oleh polikrisis yang semakin meruncing terhadap kanak-kanak dan hak mereka dengan menjejaskan kemajuan dalam tempoh yang lama.

Susulan itu, krisis kesihatan mental yang berpanjangan dalam kalangan kanak-kanak dan golongan muda di seluruh dunia akibat peningkatan konflik peperangan telah meningkatkan risiko terhadap tekanan selepas mengalami trauma.

Dullaert juga menggesa kerajaan sejagat untuk berdepan dengan hakikat bahawa Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan dengan hak kanak-kanak, termasuk menamatkan kemiskinan dan kelaparan serta akses kepada pendidikan, tidak mungkin dapat dicapai.

Dalam pada itu, Laporan Indeks KidsRights 2024 meletakkan Luxembourg sebagai negara teratas melindungi hak kanak-kanak, manakala Afghanistan menduduki tempat terakhir. – AFP, BH Online –

IMedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here