Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dilaporkan lemas ketika selepas menyelamatkan rakannya ketika mandi di sungai berhampiran Jambatan Bunut Payung, Jalan Kuala Krai – Kota Bharu, petang tadi.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Asri Abd Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.07 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Darul Naim bersama Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bergegas ke lokasi.
“Setibanya pasukan di lokasi, orang awam memaklumkan seorang mangsa masih hilang selepas berjaya menyelamatkan rakannya, namun mangsa tenggelam dan tidak dapat dikesan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Jelasnya, seramai 12 anggota termasuk empat penyelam dari Unit PPDA terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.
Menurut beliau, operasi pencarian mangsa masih diteruskan.
IMedikel TV






