Home Buletin Semasa JPN SABAH SAHKAN MURID TERJATUH DI SEKOLAH, TIADA KECEDERAAN SERIUS

JPN SABAH SAHKAN MURID TERJATUH DI SEKOLAH, TIADA KECEDERAAN SERIUS

26
0

KOTA KINABALU: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah mengambil tindakan segera susulan insiden seorang murid terjatuh di kawasan sebuah sekolah di Papar baru-baru ini.

Menerusi kenyataan media, JPN Sabah memaklumkan pihak sekolah segera memberikan bantuan awal, memaklumkan kejadian kepada keluarga mangsa dan pihak polis serta mengawal kawasan kejadian bagi memastikan situasi kekal terkawal.

“Mangsa telah menerima pemeriksaan dan rawatan di hospital. Berdasarkan laporan perubatan, mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan kini berada dalam keadaan stabil,” menurut kenyataan itu.

Menurut JPN Sabah, kebajikan, keselamatan serta kesejahteraan emosi mangsa terus diberi perhatian melalui pemantauan berterusan, selain sokongan psikososial dan emosi turut disediakan kepada mangsa serta warga sekolah yang terkesan.

Jelas kenyataan itu, pihaknya turut memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang sedang menjalankan siasatan.

“Siasatan awal pihak sekolah mendapati tiada unsur jenayah atau buli dalam kejadian ini,” katanya.

Pada masa sama, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih kerana boleh mengganggu siasatan serta menjejaskan kesejahteraan mangsa, keluarga dan seluruh warga sekolah.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here