Home Buletin Semasa JPJ SITA SUBARU GUNA CUKAI JALAN TAMAT TEMPOH, TIADA INSURANS SAH

JPJ SITA SUBARU GUNA CUKAI JALAN TAMAT TEMPOH, TIADA INSURANS SAH

27
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KULIM: Sebuah kenderaan jenis Subaru disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kulim selepas didapati menggunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan yang telah tamat tempoh selain tidak mempunyai perlindungan insurans yang sah.

Kenderaan tersebut dikesan dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan di Kilometer 5 Lebuhraya Perdana, di sini, pada jam 9.39 pagi.

Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi laman rasmi JPJ Kedah, hasil pemeriksaan mendapati cukai jalan kenderaan berkenaan telah tamat tempoh sejak tahun 2025.

“Semakan lanjut turut mengesahkan bahawa insurans kenderaan tersebut tidak diperbaharui sejak tahun yang sama.

“Susulan kesalahan yang dikesan, tindakan saman telah dikenakan terhadap pemandu manakala kenderaan terbabit disita bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” menurut kenyataan itu.

JPJ Kedah menegaskan bahawa operasi penguatkuasaan akan terus dipergiatkan bagi memastikan semua kenderaan yang menggunakan jalan raya mematuhi syarat perundangan, termasuk memiliki cukai jalan dan perlindungan insurans yang sah.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here