Home Buletin Semasa JKR KELANTAN SASAR PROJEK LEBUHRAYA KBKK SIAP SEBELUM SUKMA 2028

JKR KELANTAN SASAR PROJEK LEBUHRAYA KBKK SIAP SEBELUM SUKMA 2028

348
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

BACHOK: Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan menyasarkan projek pembinaan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) siap sepenuhnya sebelum Sukan Malaysia (SUKMA) 2028.

Pengarah JKR Kelantan, Nik Soh Yaacoub berkata, pihaknya kini menggerakkan kontraktor yang terlibat untuk memulakan projek itu kembali setelah terbengkalai hampir tujuh bulan.

“Kita akan pastikan Lebuhraya KBKK melibatkan kawasan Ketereh ke Kok Lanas siap semua sebelum berlangsungnya SUKMA 2028.

“Susulan projek itu tergendala, kerja-kerja pembinaan menghadapi pertambahan kos sebanyak RM13 juta selain sebelum ini baki kos projek adalah RM60 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Kelantan Electrical Convention And Exhibition 2.0 (KeCeX 2.0) di Universiti Malaysia Kelantan, di sini semalam.

Jelasnya, kesemua kontraktor yang terlibat mula menjalankan kerja tersebut selepas pemilikan tapak baharu pada awal bulan ini.

“Rangkaian KBKK adalah sejauh 6.2kilometer yang mana akan siap pada pertengahan 2027 dan dapat digunakan oleh orang ramai sebelum SUKMA 2028 nanti,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here