ALOR SETAR: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kesSeorang jururawat dianiaya oleh penyelianya berkaitan pertukaran tempat kerja.
Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Othman Warijo berkata lelaki itu meluahkan rasa kesal menerusi hantaran video di media sosial TikTok milik akaun @cik_din86.
“JKN Kedah ingin merujuk kepada beberapa hantaran dalam media sosial TikTok oleh pemilik akaun @cik_din86 yang meluahkan rasa kesal yangamat sangat berikutan pertukaran isterinya (seorang jururawat) ke negeri Kedah.
“Dalam hantaran TikToknya, @cik_din86 turut menamakan seorang pegawai berjawatan Penyelia Jururawat di JKN Kedah yang terbabit dengan pertukaran berkenaan yang disifatkan sebagai orang yang menganiaya isterinya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Dr Othman berkata, jabatan itu juga menerima aduan daripada @cik_din86 melalui Sistem Pengurusan Pengaduan Awam (SiSPAA) mengenai isu yang sama.
“Dimaklumkan bahawa JKN Kedah sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara ini.
“Pihak jabatan sentiasa memandang serius setiap aduan yang dibuat oleh orang awam dan akan menyiasat seterusnya membuat penambahbaikan bagi memastikan perkhidmatan yang lebih baik disampaikan kepada orang ramai pada masa hadapan,” katanya.
Dr Othman berkata pihaknya juga menasihati orang awam supaya tidak mengikut emosi dalam membuat kenyataan peribadi yang mungkin akan lebih menyulitkan keadaan.
Sumber BH Online
Imedikel TV






