Home Buletin Semasa JKDM RAMPAS 2,587KG TEMBAKAU KUNYAH BERNILAI LEBIH RM600,000

JKDM RAMPAS 2,587KG TEMBAKAU KUNYAH BERNILAI LEBIH RM600,000

234
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

RANTAU PANJANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 2,587kilogram (kg) tembakau kunyah bernilai lebih RM600,000 dalam serbuan di Kampung Kukang, Kadok, Kota Bharu, pada 4 Ogos lalu.

Pengarahnya Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, turut dirampas enam kenderaan termasuk sebuah lori tiga tan dan lima kenderaan jenis pacuan empat roda.

Katanya, rampasan pada jam 4.30 pagi itu dilakukan menerusi Operasi Macan Legit II dan membabitkan penahanan seorang lelaki yang juga pemandu lori berusia 29 tahun.

“Hasil pemeriksaan ke atas semua kenderaan menjumpai dagangan iaitu tembakau kunyah pelbagai jenama diisi di dalam 122 kotak yang disyaki diimport ke Malaysia.

“Nilai rampasan tembakau kunyah termasuk kenderaan adalah RM474,512.50 dan cukai terlibat adalah RM151,536.93, jumlah keseluruhan nilai rampasan termasuk cukai adalah RM626,049.43.

“Modus operandi yang digunakan adalah mengimport dagangan melalui laluan tidak sah menggunakan kenderaan pacuan empat roda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Pejabat Penguatkuasaan Kastam di sini, hari ini.

Jelasnya, bekalan tembakau kunyah itu dipercayai akan dihantar ke pasaran tempatan dan warga asing di Lembah Klang.

“Ia dibawa masuk melalui pangkalan haram sebelum dimuatkan dalam lori dan kenderaan terbabit,” katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967.

JKDM menggesa orang awam membantu pihaknya memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun dan dadah.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here