Home Luar Negara JET CHINA LAKUKAN AKSI AGRESI

JET CHINA LAKUKAN AKSI AGRESI

149
0

WASHINGTON: “AS akan terus terbang, belayar, dan beroperasi – dengan selamat dan bertanggungjawab – di mana saja undang-undang antarabangsa membenarkan,”

Kedutaan China di Washington tidak segera menjawab permintaan untuk mendapatkan jawapan.

Sebelum ini, China pernah mengatakan bahawa kehadiran tindakan kapal dan pesawat AS ke Laut China Selatan adalah tidak baik untuk keamanan.

Pada Disember lalu, sebuah pesawat tentera China terbang dalam jarak tiga meter dari pesawat Tentera Udara AS dan memaksanya melakukan gerakan mengelak supaya tidak berlanggar di ruang udara antarabangsa.

Kejadian itu menyusuli apa yang disebut oleh AS sebagai trend kelakuan yang semakin berbahaya oleh pesawat tentera China baru-baru ini.

kes itu berlaku sebelum China menolak permintaan Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin untuk bertemu di luar sidang kemuncak keselamatan Asia Dialog Shangri-La di Singapura minggu ini.

Seorang pegawai kanan pertahanan AS yang enggan dikenali berkata sejak 2021 China menolak atau tidak menjawab lebih 12 permintaan untuk bercakap dengan Pentagon.

Hubungan antara China dan AS menjadi tegang, dengan pergeseran antara dua ekonomi terbesar dunia itu berhubung pelbagai isu termasuk Taiwan, rekod hak asasi manusia China dan aktiviti ketenteraan AS di Laut China Selatan.

Sumber BH ONLINE & REUTERS

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here