Home Buletin Semasa JERAM AIR PUTIH DITUTUP SEMENTARA

JERAM AIR PUTIH DITUTUP SEMENTARA

308
0

KUALA TERENGGANU: Kawasan Perkelahan di Jeram Air Putih, Kemaman, akan ditutup sementara daripada dikunjungi orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman, berkata kerajaan negeri meminta semua agensi kerajaan berkaitan termasuk Jabatan Perhutanan Negeri (JPN) memasang tali amaran dan papan tanda pemakluman.

Katanya, papan tanda amaran dan tali khas amaran perlu dipasang sebagai pemakluman kepada pengunjung.

“Kita tutup sementara kawasan perkelahan di Jeram Air Putih, Kemaman.

“Orang ramai juga diminta sentiasa berwaspada dengan fenomena kepala air yang sering berlaku di kawasan perkelahan,” katanya kepada media selepas menyampaikan taklimat cadangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mewujudkan Payang Walk dan Operasi Beca Warisan, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latif.

Dalam kejadian semalam, 10 individu dengan sembilan daripadanya sekeluarga berasal dari FELDA Lepar Hilir, Kuantan, Pahang yang berkelah di Jeram Air Putih, dihanyutkan arus deras kepala air.

Tujuh mayat mangsa disebabkan fenomena kepala air ditemui hari ini.

Setakat ini sembilan orang termasuk dua beranak ditemui semalam.

Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Alor Limbat, berkata kerajaan negeri merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluar mangsa.

Sumber BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here