Home Luar Negara JEMAAH HAJI MULA BERKUMPUL DI MUZDALIFAH, BERSIAP UNTUK MELONTAR JAMRAH

JEMAAH HAJI MULA BERKUMPUL DI MUZDALIFAH, BERSIAP UNTUK MELONTAR JAMRAH

36
0

MUZDALIFAH: Jemaah haji mula mengutip batu kecil untuk ibadah melontar sebaik tiba di Muzdalifah dari Arafah sebagai persediaan melaksanakan ibadah melontar Jamrat Al-Aqaba pada hari pertama Aidiladha, dalam suasana kerohanian yang aman dan tenteram di bawah sistem pengurusan bersepadu.

Menurut Saudi Press Agency, jemaah memenuhi kawasan Muzdalifah sambil meluangkan masa berdoa, berzikir dan membaca al-Quran.

Agensi itu memaklumkan laluan pejalan kaki dan aliran pergerakan jemaah berjalan lancar di bawah pemantauan pihak berkuasa berkaitan yang menggerakkan segala keupayaan bagi membantu jemaah serta memudahkan perjalanan mereka.

Sektor kerajaan dan perkhidmatan turut meneruskan pelan operasi di Muzdalifah dengan menyediakan perkhidmatan kesihatan dan kecemasan, mengawal pergerakan orang ramai, memastikan pengangkutan berjalan lancar serta menjalankan kerja pembersihan dan khidmat panduan di lapangan demi menjamin keselesaan dan keselamatan jemaah ketika bergerak antara lokasi suci. – BERNAMA-SPA, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here