Oleh: Alini Nadhirah Ismail, Wartawan Imedikel TV
KOTA BHARU: Rakan Muda diberikan nafas baru oleh Kementerian Belia dan Sukan pada kali ini agar ia selari dengan minat belia masa kini.
Program Pembangunan sosial berkenaan khusus untuk belia dalam menggabungkan aktiviti minda, kecergasan fizikal dan pembangunan rohani secara bersepadu.
Matlamat utama program berkenaan adalah untuk melahirkan generasi muda yang mempunyai ciri-ciri yang positif serta berupaya menyumbang secara produktif kepada negara.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata banyak program sudah pun dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negeri di Kelantan di setiap jajahan berbeza.

Menurutnya belia adalah aset berharga yang perlu di gembleng kemahiran dan kepakaran untuk menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negeri.
“Program hari ini ada dua pelancaran satu jelajah rakan muda yang sekarang ini negeri keempat kita buat pelancaran, kemudian kita ada Y-HUB iaitu Youth HUB iaitu kita mewujudkan satu tempat untuk belia meneroka minat masing-masing termasuk dengan rakan muda punya gaya hidup aktiviti tersebut boleh juga dijalankan di sini.

“Y-HUB ini merupakan kolaborasi dengan Pemuda Gema iaitu salah satu pertubuhan belia yang ada dalam negara setiap tempat itu kita akan ada rakan kolaborasi supaya tempat itu dibangunkan diselia dan dijaga oleh golongan belia sendiri,”katanya ketika ditemui pemberita selepasPerasmina Jelajah Rakan Muda peringkat negeri Kelantan, di Kompleks Belia dan Sukan, di sini, hari ini.
Beliau berharap belia menjadikan Rakan Muda sebagai medium dalam mengembangkan minat dan bakat yang ada dalam diri belia tersebut.
Katanya jika tidak di sediakan medium yang betul mungkin golongan belia akan menyalurkan minat mereka pada jalan yang salah jadi dengan adanya Rakan Muda menjadikan peluang untuk belia salurkan minat mereka dengan cara yang positif.
Imedikel TV






