Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV
PASIR PUTEH: Agenda perpaduan adalah agenda tetap di bawah Jabatan Penerangan Malaysia.
Menurut Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Kelantan, Muhd Nor Aswadi Md Nor, agenda ini bersesuaian dengan kerajaan hari ini.
“Kita adalah agensi untuk menyatu padukan masyarakat bersesuaian dengan kerajaan hari ini kerajaan perpasuan sebagai mana perintah Duli Yang Maha Mulia Dipertuan Agong,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pengumuman Pertandingan Sketsa Rukun Negara 2023, Peringkat Negeri Kelantan, di SMK Dato’ Ismail, Pasir Puteh, baru-baru ini.

Beliau berkata pihaknya menyemarakkan Malaysia Madani dan dalam konteks perpaduan ini melalui program yang mereka sudah susun atur di peringkat JaPen itu sendiri.
“Ia adalah dengan Kerjasama semua agensi kerajaan yang tentu sekali jabatan di bawah agensi komunikasi dan m,ultimedia antaranya program bersemuka.

“Program bersemuka ini kita laksanakan di pelbagai peringkat masyarakat termasuklah dalam kalangan kelompok komuniti di bawah Jabatan Penerangan,”katanya.
Beliau berkata di bawah JaPen terdapat 135 komuniti madani,di peringkat akar umbi dan di peringkat sekolah.
“Kita laksanakan program di 80 buah sekolah yang mempunyai kelab Malaysiaku di mana kelab ini adalah di bawah kelolaan Jabatan Peneranga,”katanya.
Imedikel TV






