Home Hiburan JAMAL RISAU ISTERI MASIH TAK SELERA MAKAN

JAMAL RISAU ISTERI MASIH TAK SELERA MAKAN

145
0

KUALA LUMPUR: Isteri kepada Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, 65, iaitu Datin Zai Izzati Khiruddin, 28, sudah dibenarkan keluar Institut Jantung Negara (IJN) selepas menerima rawatan akibat alahan teruk.

Zai Izzati yang kini sedang hamil anak kelima dimasukkan ke IJN minggu lalu akibat kerap muntah dan lapan hari tidak menjamah makanan sehingga organ dalaman membengkak.

Jamal berkata, keadaan isterinya semakin baik, bagaimanapun masih belum berselera makan.

“Keadaan isteri semakin baik, cuma selera makan masih kurang. Sudah puas saya pujuk, tetapi masih tak boleh telan.

“Saya bimbang muntah lagi, kalau ada selera makan mungkin ada tenaga dan badan boleh cepat sihat. Tapi, apa yang menjadi masalah isteri langsung tak berselera nak makan,” katanya kepada BH Online.

Kata Jamal, isterinya menjalani prosedur angiogram dan doktor mendapati hatinya membengkak, tetapi kini sudah kembali normal.

“Hasil pemeriksaan di sebuah hospital swasta mendapati hati isteri bengkak, namun selepas prosedur angiogram di IJN keadaan kembali pulih.

“Bagaimanapun, tangan isteri akibat kesan prosedur angiogram masih sakit dan bengkak. Doktor beritahu, organ dalaman bengkak disebabkan kerap muntah,” katanya.

Mengulas bagaimana menguruskan empat cahaya mata yang masih kecil sepanjang isteri di hospital, Jamal bersyukur memiliki pembantu rumah, sekali gus tidak mengganggu jadual kerjanya.

“Anak-anak anak berada di bawah jagaan pembantu rumah. Saya turut mengupah pengasuh yang merancang aktiviti harian seperti membaca, mengaji, menulis dan beriadah. Jadi, mudahlah sikit tugasan menguruskan mereka.

“Saya akan berulang alik ke hospital dua kali sehari, pagi dan malam,” katanya.

Jamal dan Zai Izzati mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Nur Azura Yamani, 5; El Isaac Yamani, 4; Iskandar Rayyan Yamani, 2; dan Rahil Laura Salsabila Yamani, 1.

Penyanyi legenda itu turut memiliki dua cahaya mata lelaki hasil dua perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here