Home Luar Negara ISRAEL TAHAN 65 LAGI RAKYAT PALESTIN DI TEBING BARAT

ISRAEL TAHAN 65 LAGI RAKYAT PALESTIN DI TEBING BARAT

RAMALLAH, Palestin: Tentera Israel menahan 65 lagi rakyat Palestin dalam serbuan di Tebing Barat yang diduduki, kata sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan semalam.

Memetik laporan AGENSI menerusi Berita Harian, dalam satu kenyataan, Persatuan Tahanan Palestin berkata dua wanita dan dua wartawan adalah antara yang ditahan.

Memetik laporan Anadolu, ketegangan memuncak di seluruh Tebing Barat sejak 7 Oktober di tengah-tengah serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza.

Sekurang-kurangnya 163 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 2,280 lagi ditahan oleh tentera Israel di wilayah yang diduduki sejak bulan lalu, menurut angka Palestin.

Sebelum konflik Gaza, bilangan tahanan Palestin di penjara Israel dianggarkan sekitar 5,200, menurut kumpulan hal ehwal banduan. – AGENSI, BH Online –

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here