Home Buletin Semasa INTEGRITI PERLU ADA DALAM SETIAP PENJAWAT AWAM – KPPA

INTEGRITI PERLU ADA DALAM SETIAP PENJAWAT AWAM – KPPA

230
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: ”Nilai integriti adalah pegangan penting yang mesti ada dalam diri setiap penjawat awam, tanpa integriti, kita akan menuju kepada kehancuran,”kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai integriti penjawat awam yang bertugas di sempadan.

Wan Ahmad Dahlan menjelaskan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sudah mempunyai pekeliling dan peraturan yang memberi penekanan terhadap kepentingan integriti dalam perkhidmatan.

”Tata kelola, integriti adalah satu hubungan yang mesti ada dalam setiap diri penjawat awam. Jadi dalam konteks ini memang kita di JPA sudah mempunyai pekeliling dan peraturan yang menekankan kepada integriti.

”Jadi, bagi saya hanya segelintir sahaja mereka (penjawat awam) yang masih kurang nilai integritinya,”katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Namun jelasnya kerajaan sentiasa mementingkan integriti terhadap setiap penjawat awam.

”Integriti adalah sesuatu yang mesti ada dalam setiap jiwa dan individu setiap penjawat awam itu sendiri,”katanya.

Tambah beliau, kerajaan turut memberi penekanan terhadap aspek tadbir urus termasuk pengurusan projek pembangunan, perolehan dan sebagainya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here