Home Sukan INGEBRIGTSEN CATAT REKOD BAHARU EROPAH 1,500M

INGEBRIGTSEN CATAT REKOD BAHARU EROPAH 1,500M

318
0

SILESIA, Poland: Pelari Norway, Jakob Ingebrigtsen memecah rekod Eropah miliknya sendiri dalam acara 1,500 meter pada kejohanan Liga Berlian di Silesia semalam dengan mencatat 3 minit 27.14 saat.

Atlet berusia 22 tahun itu berada di belakang pendahulu hinggalah pusingan terakhir apabila dia memecut sekali gus mengatasi rekodnya dengan 0.81 saat dicatat di Oslo bulan lalu, memberi amaran kepada pencabarnya menjelang Kejohanan Olahraga Dunia di Budapest bulan depan.

“Saya sering fokus terhadap diri sendiri dalam perlumbaan. Hari ini saya mahukan perlumbaan yang pantas dan saya mahu berlari di bawah 3:28s,” kata Ingebrigtsen.

“Keputusan ini yang terbaik boleh saya harapkan hari ini.”

Dia dipisahkan satu saat berbanding rekod dunia 3:26:00, dirakam oleh pelari Maghribi, Hicham El Guerrouj 25 tahun lalu di Rome.

“Anda tidak boleh terlalu memikirkan mengenai rekod. Hari ini saya mahukannya tetapi saya kini akan menumpukan sepenuhnya kepada persediaan menghadapi Kejohanan Dunia,” katanya.

Pelari Kenya, Abel Kipsang berakhir di tangga kedua, melepasi garisan penamat hampir dua saat di belakang Ingebrigtsen dengan masa 3:29.11s.

Akani Simbine dari Afrika Selatan meraih kemenangan kedua berturut-turut 100m Liga Berlian, merakam 9.97s ketika empat pelari pertama dipisahkan hanya 0.02s. Pelari Amerika Syarikat (AS), Fred Kerley menghuni tangga kedua, mengalami kekalahan pertamanya musim ini.

“Saya sedar saya pelari pertama yang mengalahkan Fred tahun ini, kami bersahabat baik, satu permusuhan yang baik. Saya amat puas hati dengan persembahan dan harap dapat meneruskan rentak baik ini,” kata Simbine. Sha’Carri Richardson dari AS menjuarai acara 100m wanita dengan masa 10.76s. Dia mengalahkan pelari Jamaica, Shericka Jackson dengan 0.02s, meraih kemenangan kedua 100m dalam Liga Berlian tahun ini.

Sumber: REUTERS & HMetro Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here