Home Buletin Semasa IMEDIKEL SERTAI PELAYARAN DI SUNGAI KELANTAN TANDA SOLIDARITI

IMEDIKEL SERTAI PELAYARAN DI SUNGAI KELANTAN TANDA SOLIDARITI

Oleh: Afrizam Arif@IMedikelTV

KOTA BHARU: Sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan kemanusian, IMedikel tampil menyertai 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza dengan menaiki bot menyusuri Sungai Kelantan.

Naib Presiden IMedikel, Hasnah Zakaria berkata, penyertaan itu bukan sekadar aktiviti simbolik, sebaliknya menjadi pengalaman bermakna yang meninggalkan kesan mendalam kepada semua peserta.

“Hari ini saya bersama 12 kakitangan syarikat menyertai program ini. Saya juga berpeluang menaiki bot dari Jeti Pulau Pisang ke lokasi terakhir dibawah Jambatan Sultan Yahya Petra.

“Peluang dan pengalaman ini bukan sesuatu yang mudah diperoleh. Saya amat terharu sebaik tiba di lokasi terakhir.

“Semangat dan kesungguhan peserta amat luar biasa, menggambarkan rasa kebersamaan terhadap perjuangan kemanusiaan,” katanya.

Menurut beliau, program itu turut memberi peluang kepada warga IMedikel merasai sendiri keperitan dancabaran yang dihadapi sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) dalam melaksanakan misi kemanusiaan di lapangan.

“Kami cuba membayangkan bagaimana perasaan para sukarelawan misi GSF ketika berhadapan pelbagai ujiandi medan sebenar.

“Alhamdulillah kami sebagai rakyat Kelantan dapat menghayati dan menghargai usaha yang dijalankan melalui program ini,” jelasnya.

Menurutnya semangat yang membara dalam diri menggalakkan beliau bersama kakitangan IMedikel menyertai pelayaran itu tanda solidariti kepada rakyat Palestin di Gaza.

Tambahnya, IMedikel melalui platform media IMedikel TV turut memainkan peranan penting dalam menyokong penganjuran program itu dengan menyiarkan liputan dan maklumat berkaitan dipaparan skrin LED besar di Wisma IMedikel, Jalan Telipot.

“Langkah itu bertujuan memperluas capaian maklumat kepada masyarakat setempat agar mesej solidariti dan kemanusiaan dapat dikongsi bersama seluruh rakyat Malaysia,”katanya.

Beliau berharap, penyertaan IMedikel dalam inisiatif seumpama itu akan diteruskan pada masa hadapan sebagai salah satu usaha memperkukuh budaya prihatin dan tanggungjawab sosial korporat dalam kalangan warga kerja IMedikel.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here