Home Buletin Semasa ICU TETAP BANTU MISKIN TEGAR

ICU TETAP BANTU MISKIN TEGAR

178
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Peruntukan kira-kira RM20 juta disalurkan bagi pembinaan rumah baharu, baik pulih rumah dan lain-lain infrastruktur kepada miskin tegar di negeri ini.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (ICU), Jasri Kasim, berkata inisiatif itu bagi membantu golongan yang memerlukan menerusi Program Pembasmian Kemiskinan daripada golongan ekasih.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (ICU), Jasri Kasim, berkata inisiatif itu bagi membantu golongan yang memerlukan menerusi Program Pembasmian Kemiskinan daripada golongan ekasih.

“Peruntukkan ini baru sahaja turun pada Julai. Jadi kita akan gunakan mulai sekarang dengan membuat penilaian dan memulakan bantuan kepada pembinaan rumah.

“Kita sekarang tengah menyenarai pendek 20 peserta di semua jajahan, tapi saya nampak mungkin tidak mencukupi. Kalau misalnya lebih ramai yang memerlukan pembinaan rumah kita akan salurkan kepada kementerian-kementerian yang lain dan yang mana kita boleh bantu, kita akan bantu.”

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah ekasih @ Kijang di sini, semalam.

Katanya selaras dengan hasrat kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan tegar menjelang 2024, Program Jelajah ekasih dianjurkan untuk menghimpunkan pelbagai jenis perkhidmatan dari kementerian dan agensi kerajaan untuk menyantuni keperluan keluarga miskin dan miskin tegar ekasih.

Dalam program sama Jasri turut menziarahi empat buah keluarga miskin tegar sekitar Kampung Kijang selain menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas dan wang tunai.

Jasri turut menziarahi empat buah keluarga miskin tegar sekitar Kampung Kijang selain menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas dan wang tunai.

“Kita ada ziarah kasih dengan pergi ke rumah mereka yang dikategorikan sebagai miskin tegar dan memberi sedikit sumbangan barangan asas dan juga kewangan. Kita akan follow up sebab saya nampak ada juga peserta yang memerlukan bantuan dari segi bina rumah baru atau baiki rumah. Ini kita akan bantu. Dan biasanya untuk bantuan rumah ini kita di ICU JPM ada peruntukan yang boleh diberikan kepada mereka yang memerlukan.”


Dalam pada itu Jasri memaklumkan bagi program pembinaan rumah baharu penerima akan menerima bantuan berjumlah RM80,000 manakala bagi membaik pulih rumah sedia ada sebanyak RM25,000.

Jasri memaklumkan terdapat kira-kira 2,000 golongan miskin tegar dan 14,000 golongan miskin di kelantan yang masih memerlukan bantuan.

Hadir sama Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Kelantan, Muhd Nor Aswadi Md Nor dan Pengarah PERKESO negeri, Nora Yaacob.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here