Home Buletin Semasa IBU, BAPA TIRI DILEPAS TANPA BEBAS TUDUHAN CUAI JAGA ANAK

IBU, BAPA TIRI DILEPAS TANPA BEBAS TUDUHAN CUAI JAGA ANAK

177
0

JOHOR BHARU: Sepasang suami isteri dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini daripada pertuduhan pindaan bertindak cuai terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, dua bulan lalu.

Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail, membuat keputusan itu selepas mendapati pertuduhan pindaan yang dikemukakan pihak pendakwaan ada elemen penduaan.

Berdasarkan pertuduhan pindaan, tertuduh, S Nagendran dan A Sangeetha yang kedua-duanya berusia 23 tahun didakwa mencapai niat bersama bertindak secara cuai terhadap kanak-kanak yang berada di bawah pemeliharaan mereka itu dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di rumah mereka dekat Skudai Villa Apartment, Jalan Aman, Taman Skudai Baru di sini, kira-kira 12.30 tengah malam, 28 April lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 3 Mei lalu, suami isteri itu mengaku bersalah bagi pertuduhan mencapai niat bersama menganiayai kanak-kanak yang berada di bawah pemeliharaan mereka itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Mahkamah menetapkan hari ini untuk menjatuhkan hukuman, bagaimanapun, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Umar Faiz Abdul Kohar mengemukakan pertuduhan pindaan itu hari ini.

Kedua-dua tertuduh kemudian mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan bagi pertuduhan pindaan selepas dibacakan jurubahasa mahkamah.

Nagendran yang juga bapa tiri kanak-kanak berkenaan dan Sangeetha pula ibu kepada kanak-kanak itu diwakili peguam Tuan Nur Izza Natasha Tuan Rosidi.

Difahamkan, pihak pendakwaan dijangka membuat pertuduhan semula ke atas dua-dua tertuduh.

Sumber BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here