Home Luar Negara HUJAN BERTERUSAN LANDA JEPUN, PERKHIDMATAN KERETA API DIGANTUNG

HUJAN BERTERUSAN LANDA JEPUN, PERKHIDMATAN KERETA API DIGANTUNG

127
0

Tokyo, JEPUN: Hujan lebat disebabkan Ribut Tropika Mawar dan hujan bermusim yang berterusan pagi ini di Jepun, mendorong pihak berkuasa mengeluarkan amaran kerosakan dan menyebabkan ramai terkandas kerana perkhidmatan kereta api turut digantung.

Walaupun Mawar semakin lemah daripada status taufan super, Agensi Meteorologi Jepun (JMA) menggesa orang ramai supaya berjaga-jaga terhadap kemungkinan tanah runtuh, kenaikan paras sungai dan banjir di timur Jepun, sambil memberi amaran mengenai tanah runtuh di barat Jepun.

Setakat ini seorang disahkan maut akibat ribut itu manakala kira-kira 7,000 isi rumah di wilayah timur dan barat terputus bekalan elektrik, tetapi kerja-kerja pemulihan sedang dijalankan, kata kementerian industri pada hari Sabtu.

Kereta api peluru Shinkansen, digantung dari Tokyo ke Nagoya di tengah Jepun sejak Jumaat, beroperasi semula sekitar tengah hari (0300 GMT) pada hari Sabtu, lapor agensi berita Kyodo.

Cuaca dijangka bertambah baik di kebanyakan tempat di Jepun, lapor penyiar awam NHK.

Musim hujan akan datang menjadi lebih aktif berikutan aliran masuk sejumlah besar udara lembap dari Mawar, yang mendatangkan malapetaka di Guam awal minggu ini, Kyodo memetik JMA.

Dari pagi Jumaat hingga Sabtu, hujan lebat di banyak bahagian Jepun, menandakan hujan paling lebat dalam rekod bagi Jun di beberapa kawasan, kata Kyodo.

Seorang lelaki yang ditemui dalam kereta tersangkut akibat banjir di Toyohashi di tengah Jepun dibawa ke hospital, di mana dia kemudiannya disahkan meninggal dunia, kata Kyodo.

Sebahagian Jepun dilanda hujan lebat pada hari Jumaat ketika Mawar semakin hampir, dengan pihak berkuasa menasihatkan lebih sejuta orang untuk berpindah, banyak penerbangan dan pengangkutan lain dibatalkan dan bekalan elektrik terputus di beribu-ribu rumah.

Sumber HMetro Online & REUTERS

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here