Home Luar Negara HIZBULLAH HUJANI ISRAEL DENGAN ‘SKUADRON DRON’ SELEPAS SERANGAN SIDON

HIZBULLAH HUJANI ISRAEL DENGAN ‘SKUADRON DRON’ SELEPAS SERANGAN SIDON

149
0

BEIRUT: Kumpulan Hizbullah yang disokong Iran melancarkan dron sarat letupan ke pangkalan utara tentera Israel susulan pembunuhan seorang komander Hamas di selatan Lubnan kelmarin.

Pejuang Hizbullah melancarkan ‘skuadron dron sarat letupan’ di pangkalan Michve Alon yang terletak berhampiran bandar Safed di Galilea bagi membalas dendam terhadap serangan dan pembunuhan dilakukan Israel di bandar Sidon pada Jumaat lalu, kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Pejabat media Hizbullah berkata, ia adalah ‘kali pertama’ kumpulannya menyasarkan serangan besar-besaran terhadap pangkalan tentera itu.

Jumaat lalu, serangan Israel ke atas kenderaan di bandar Sidon selatan Lubnan mengorbankan seorang komander Hamas, kata kumpulan pejuang Palestin dan tentera Israel.

Dalam pada itu, Hamas dalam satu kenyataan memaklumkan Samer al-Hajj, terbunuh dalam serangan Zionis di bandar Sidon.

Sementara itu, tentera Israel mengatakan pesawatnya menyerang kawasan Sidon dan berhasil ‘membunuh’ al-Hajj yang dikenal pasti sebagai ‘komander kanan’ Hamas di Lubnan.

Ia adalah serangan pertama seumpamanya di Sidon sejak Hamas melancarkan serangan pada 7 Oktober ke atas Israel, yang kemudiannya mencetuskan perang di Gaza.

Tindakan itu turut mendorong sekutunya di Lubnan, Hizbullah, berbalas serangan rentas sempadan hampir setiap hari dengan tentera Israel, sebagai tanda solidariti menyokong perjuangan di Palestin.

Sejak 10 bulan keganasan rentas sempadan berlarutan, ia membunuh kira-kira 562 orang di Lubnan, kebanyakannya pejuang, selain sekurang-kurangnya 116 orang awam, menurut pengiraan AFP.

Sementara itu, menurut tentera Israel termasuk di Dataran Tinggi Golan yang diduduki secara haram, seramai 22 askar dan 26 orang awam terbunuh. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here