Home Sukan HANYA OLD TRAFFORD PILIHAN KANE

HANYA OLD TRAFFORD PILIHAN KANE

152
0

LONDON: Harry Kane akan menghabiskan musim terakhirnya di Spurs sekiranya dia tidak dapat berpindah ke Manchester United.

Kapten England itu tidak berminat meninggalkan Liga Perdana Inggeris yang menyaksikan dia hanya kurang 48 gol untuk memecahkan rekod 260 gol jaringan Alan Shearer.

“Saya begitu hampir dengannya (rekod Shearer), ia sesuatu yang saya mahu capai,” kata Kane.

Tottenham lebih terbuka menjual Kane kepada kelab luar berbanding pesaing mereka di Liga Perdana Inggeris, dengan Bayern Munich berminat mendapatkan sentuhan penyerang itu.

Namun saingan Bundesliga tidak menarik minat Kane ketika ini, yang meledak 30 gol liga musim ini dan masih berbaki setahun dalam kontraknya bersama Spurs.

United satu-satunya pilihan terbaik buat Kane pada musim panas ini. Dia menyertai Spurs sejak berusia 11 tahun dan tidak mahu menjejaskan reputasinya di mata peminat dengan berpindah ke kelab tetangga London – Chelsea atau Arsenal.

Newcastle yang mempunyai sokongan kewangan dari Arab Saudi, tidak akan berbelanja sehingga 100 juta pound (RM572 juta) untuk seorang pemain.

Liverpool dan Manchester City pula belum terdesak untuk mencari penyerang pada jendela perpindahan musim panas nanti.

United kini hanya perlu meyakinkan Daniel Levy untuk melepaskan aset berharganya itu kepada pesaing domestik – sesuatu yang mahu dielakkan pengerusi Spurs berkenaan.

Sumber BH ONLINE & AGENSI

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here