Home Sukan GUARDIOLA NAFI DE ZERBI PENGGANTINYA DI CITY

GUARDIOLA NAFI DE ZERBI PENGGANTINYA DI CITY

236
0

LONDON: Pep Guardiola menafikan pernah menyatakan bos Brighton, Roberto De Zerbi akan menjadi penggantinya di Manchester City.

Laporan terkini mendakwa Guardiola memberitahu sekelompok pemain Brighton mengenai ramalannya terhadap De Zerbi selepas City seri di Stadium Amex pada Mei lalu.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Guardiola, yang mana kontraknya bersama City berakhir pada tahun 2025, dilapor berkata “itulah pengurus akan datang Manchester City” mengenai De Zerbi, yang bertindak cemerlang dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) sekali gus dikagumi ramai.

Dengan Brighton berkunjung ke City malam ini, Guardiola menegaskan beliau tidak ingat mengenai dakwaan itu, tetapi beliau pantas memuji jurulatih dari Itali itu.

“Saya tidak ingat mengenainya. Mungkin saya mempunyai ingatan yang teruk tetapi saya pasti Roberto boleh melatih mana-mana pasukan di dunia. Saya tidak ragu-ragu mengenainya,” kata Guardiola kepada wartawan awal pagi tadi.

“Saya tidak ingat menyatakannya kepada pemain. Saya masih ingat sebelum beliau tiba, satu atau dua perlawanan supaya mereka mengekalkan pengurus, tetapi secara jujurnya saya tidak ingat menyatakannya.

“Ia bukannya urusan saya. Jika pengerusi bertanyakan pendapat saya, saya akan memberikan pandangan tetapi ia jelas bukannya urusan saya.

“Saya bukannya pengarah sukan. Bukan tanggungjawab saya untuk menyatakan apa yang betul atau apa yang salah.”

Bekas bos Sassuolo dan Shakhtar Donetsk, De Zerbi membuat impak besar sejak mengambil alih Brighton sejak setahun lalu.

Beliau mengemudi kelab itu ke pertandingan Eropah buat kali pertama dengan penamat tangga keenam dalam EPL musim lalu dan mereka memulakan kempen kali ini dengan mantap. – AF-AGENSI-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here