Home Sukan GOL LEWAT MCTOMINAY TITIK KEBANGKITAN UNITED

GOL LEWAT MCTOMINAY TITIK KEBANGKITAN UNITED

MANCHESTER, England: Erik ten Hag berkata dua gol Scott McTominay pada masa kecederaan yang mengendurkan krisis Manchester United dengan menewaskan Brentford 2-1 patut menjadi titik perubahan dalam musim yang bermasalah.

United kelihatan akan mengalami kekalahan ketujuh dalam 10 perlawanan selepas Mathias Jensen membuka tirai jaringan dengan bantuan satu lagi kesilapan penjaga gol Andre Onana.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Kekalahan ketiga di laman sendiri dalam tempoh lapan hari pasti meningkatkan tekanan buat Ten Hag, namun beliau menemui wira yang tidak disangka-sangka McTominay.

Pemain tengah itu hanya masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-87, namun dia meneruskan persembahan baik bersama Scotland akhir-akhir ini dengan meledak buat kelabnya pada masa yang tepat.

“Ini pasti menjadi titik perubahan, kebangkitan dalam pendekatan kami, sikap kami sebagai satu pasukan dan individu,” kata Ten Hag, yang mengeluarkan pemain bintang Casemiro dan Marcus Rashford pada babak kedua.

“Sejak perlawanan bermula anda mesti percaya. Peminat percaya dan menyokong kami, kami perlu membalasnya.”

Di sebalik United beraksi teruk akhir-akhir ini, McTominay bersabar dengan mencuri peluangnya untuk menyinar dengan dua gol lewat pada minit ke-93 dan 97 dan Ten Hag memuji sikapnya.

“Scott hadir dengan sikap yang betul, penuh bertenaga. Dia amat berazam untuk menjaringkan gol dan dia bertuah,” jelas jurulatih dari Belanda itu.

“Dia adalah Manchester United, dia sering berjuang demi lencana, demi jersi dan kelab ini. Dia akan memberikan segala-galanya.”

Kemenangan itu melonjakkan United ke tangga kesembilan tetapi lebih penting ia menamatkan rentetan kekalahan selepas dimalukan oleh Crystal Palace dan Galatasaray di laman sendiri. – AFP-AGENSI-Berita harian online-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here