Home Luar Negara GENCATAN SENJATA GAZA KINI MEMASUKI FASA KEDUA

GENCATAN SENJATA GAZA KINI MEMASUKI FASA KEDUA

269
0

KAHERAH: Rancangan yang disokong Amerika Syarikat (AS) untuk menamatkan perang di Gaza kini memasuki fasa kedua, kata perunding tertinggi Washington pada Rabu.

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, perkara itu berlaku susulan, Palestin bersetuju mengenai pembentukan jawatankuasa pemerintahan pascaperang.

Utusan Presiden, Donald Trump, Steve Witkoff berkata, fasa kedua rancangan 20 perkara akan ‘mengalihkan’ Gaza dari ‘gencatan senjata kepada demiliterisasi, pemerintahan teknokrat dan pembinaan semula’.

Katanya, fasa kedua bertujuan untuk demiliterisasi penuh dan pelucutan senjata semua kakitangan yang tidak dibenarkan di Gaza.

Fasa pertama yang dilancarkan pada Oktober lalu membabitkan gencatan senjata, pertukaran tebusan-tahanan, pengunduran separa Israel dan lonjakan bantuan kemanusiaan.

Di bawah fasa kedua pula, Gaza akan dikendalikan oleh jawatankuasa teknokrat Palestin 15 ahli yang diawasi oleh ‘Lembaga Keamanan’ yang dipengerusikan Trump.

Dalam pada itu, Mesir berkata, semua ahli jawatankuasa dipersetujui oleh semua pihak Palestin dan mereka menawarkan sokongan segera.

Menurut kenyataan bersama pengantara Mesir, Turkiye, dan Qatar; manakala Bekas Timbalan Menteri Palestin, Ali Shaath dinamakan mengetuai jawatankuasa itu.

Media turut melaporkan, Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang didominasi Fatah mentadbir bahagian Tebing Barat yang tidak di bawah kawalan Israel, manakala nama ahli lain tidak didedahkan.

Sementara itu, Menteri Luar Mesir Badr Abdelatty berkata, jawatankuasa itu dijangka segera dikerahkan ke Gaza untuk menguruskan kehidupan harian dan perkhidmatan penting.

Hamas dan Jihad Islam pula menyokong jawatankuasa itu dan bersetuju membantu mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk memulakan kerja.

Hamas berkata, mereka tidak mencari peranan dalam pihak berkuasa pada masa depan, dan hanya memantau pemerintahan bagi memastikan kestabilan dan memudahkan pembinaan semula.

Usaha pembentukan semula Palestin itu termasuk pemulangan tebusan terakhir yang meninggal, Ran Gvili, dan Israel menegaskan fasa kedua tidak akan dimulakan sehingga Gvili dipulangkan. – AFP, Hmetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here