Home Luar Negara GEMPA BUMI KUAT GEGAR AFGHANISTAN, 2 MAUT

GEMPA BUMI KUAT GEGAR AFGHANISTAN, 2 MAUT

297
0

KABUL: Dua kanak-kanak maut apabila sebuah bangunan runtuh susulan gempa bumi berukuran 6 pada skala Richter melanda timur Afghanistan lewat semalam (Ahad).

Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian, pusat gempa dikesan pada kedalaman cetek lapan kilometer (km), 27km ke timur laut bandar Jalalabad di wilayah Nangarhar, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

USGS memaklumkan gempa bumi berlaku pada jam 11.47 malam waktu tempatan.

Menurut laporan awal pihak berkuasa wilayah, dua kanak-kanak maut selepas bumbung rumah mereka runtuh ketika gegaran berlaku.

Sekurang-kurangnya 15 lagi cedera, kata pegawai dalam satu kenyataan.

Gempa bumi itu turut menggegarkan bangunan di Kabul sehingga ke ibu negara Pakistan, Islamabad, kira-kira 370km jauhnya selama beberapa saat, lapor wartawan AFP.

Afghanistan sering dilanda gempa bumi terutama di banjaran Hindu Kush, berhampiran pertembungan plat tektonik Eurasia dan India.

Sebelum ini Wilayah Nangarhar dilanda banjir antara malam Jumaat hingga Sabtu, mengorbankan lima orang serta memusnahkan tanaman dan harta benda, menurut pihak berkuasa wilayah. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here