Home Luar Negara GELORA UDARA: PESAWAT INDIGO BERGONCANG KUAT DILANDA RIBUT HUJAN BATU

GELORA UDARA: PESAWAT INDIGO BERGONCANG KUAT DILANDA RIBUT HUJAN BATU

381
0

NEW DELHI: Sebuah pesawat IndiGo menuju Srinagar dari Delhi, dengan lebih 200 penumpang di dalamnya, mengalami gelora udara kuat, ketika ia mengharungi ribut hujan batu yang tidak dijangka pada Rabu lalu.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, NDTV melaporkan kejadian itu turut merosakkan sebahagian kecil hujung pesawat berkenaan.

Dalam video tular dirakam dari dalam penerbangan Indigo 6E2142 itu, penumpang dan kanak-kanak boleh didengar menjerit dan menangis, ketika pesawat itu bergegar dengan kuat selepas terperangkap dalam ribut.

Kilat dapat dilihat melalui video dirakam penumpang.

Menurut pegawai, cuaca bergelora di udara mendorong juruterbang melaporkan “kecemasan” kepada Kawalan Trafik Udara di Srinagar.

Penerbangan itu, dengan 227 penumpang, kemudian mendarat dengan selamat pada 6.30 petang.

“Penerbangan IndiGo 6E 2142 yang beroperasi dari Delhi ke Srinagar berdepan hujan batu secara tiba-tiba dalam perjalanan. Penerbangan dan kru kabin mengikut protokol yang ditetapkan dan pesawat mendarat dengan selamat di Srinagar,” kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

Syarikat penerbangan itu tidak menyatakan sebarang kerosakan, tetapi imej tular di media sosial menunjukkan sebahagian ‘hidung’ pesawat itu patah akibat kesan gelora udara itu.

Kerosakan itu disahkan oleh NDTV.

Menurut portal sama, ribut hujan batu disertai hujan lebat dengan kelajuan angin 79 kilometer sejam melanda Delhi-Wilayah Ibu Negara, lewat petang Rabu.

Ia menyebabkan penebangan pokok, banjir dan kesesakan lalu lintas di beberapa kawasan, selepas bandar itu mengalami hari panas dan lembap.

Operasi penerbangan dilaporkan terjejas di lapangan terbang Delhi, manakala penumpang Metro di Laluan Kuning di ibu negara, terkandas selama berjam-jam. -Agensi, HMetro Online- 

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here