Home Buletin Semasa GANGGUAN AIR DI KG WAKAF BUNUT BERSIFAT SEMENTARA

GANGGUAN AIR DI KG WAKAF BUNUT BERSIFAT SEMENTARA

337
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Gangguan kualiti air yang berlaku di Kg Wakaf Bunut, Pasir Puteh dan sekitarnya adalah bersifat sementara, dan bukan sedekad sebagaimana dakwaan penduduk.

Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) dalam kenyataan, semalam memaklumkan gangguan kualiti air berpunca daripada sistem proses Loji Rawatan Air (LRA) Merbau Chondong yang merawat air mentah dan mengandungi parameter ferum dan manganese yang tinggi, sekaligus menjejaskan keupayaan bekalan dan kualiti air semasa.

“Sumber bekalan air di kawasan Kg Wakaf Bunut adalah daripada LRA Merbau Chondong, yang mengagihkan bekalan air ke Tangki Bukit Jawa sebelum ianya disalurkan ke 452 akaun pengguna di kampung tersebut,” katanya.

Menurutnya bagi tindakan penyelesaian segera, AKSB Pasir Puteh akan melakukan aktiviti flushing di kawasan Selising dan yang terlibat agar bekalan kualiti air pulih untuk jangka masa segera.

Manakala bagi tindakan jangka panjang, kerja membaik pulih sistem di LRA Merbau Chondong dijangka mengambil masa selama dua tahun menerusi peruntukan kerajaan negeri dengan anggaran kos sebanyak RM10 juta.

Selain itu, AKSB akan terus memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa menerusi laman sesawang www.airkelantan.my, aplikasi MyAKSB, Facebook, Instagram atau sekiranya mempunyai pertanyaan atau aduan boleh hubungi PUSAT INFORMASI & TALIAN ADUAN (PINTAS) di talian 15777. – AKSB –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here