Home Buletin Semasa GADIS 15 TAHUN DIPERCAYAI DIBUNUH, MAYAT DIBUANG DALAM SEMAK DI KAWASAN KAMPUNG

GADIS 15 TAHUN DIPERCAYAI DIBUNUH, MAYAT DIBUANG DALAM SEMAK DI KAWASAN KAMPUNG

235
0

Seorang remaja perempuan  berusia 15 tahun ditemui mati disyaki dibunuh sebelum mayatnya dibuang di dalam semak dan berlumpur di kawasan perkampungan setinggan Kampung Forest, Sandakan, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat berhubung penemuan mayat tersebut sekitar jam 10 pagi. Hasil siasatan awal mendapati, mangsa telah dibunuh sebelum mayatnya dibuang di lokasi kejadian.

Susulan daripada itu, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk proses bedah siasat. Difahamkan, pada hari yang sama iaitu sekitar jam 12:30 tengah hari, pihak polis menahan seorang lelaki warganegara asing berusia 22 tahun berhampiran lokasi kejadian untuk membantu siasatan.

Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Astro Awani

– Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here