Home Hiburan FAZURA INGATKAN ADAB BERSUARA DI MEDIA SOSIAL

FAZURA INGATKAN ADAB BERSUARA DI MEDIA SOSIAL

67
0

KUALA LUMPUR: Memetik laporan menerusi Harian Metro pelakon dan usahawan, Nur Fazura, mengingatkan peminat agar lebih berhemah dalam menyuarakan pendapat di media sosial.

Menerusi hantaran di platform Threads, Fazura berkata setiap individu berhak mempunyai pandangan tersendiri dan beliau menerima perbezaan itu dengan hati terbuka.

Namun, pelakon filem Dendam Pontianak itu menegaskan kepentingan menjaga tutur kata kerana ia mencerminkan niat sebenar seseorang.

“Selamat pagi, kesayangan. Ingat, kita semua berhak mempunyai pendapat masing-masing dan saya menerimanya dengan penuh kasih sayang.

“Namun, saya harap kita dapat berhati-hati dalam memilih kata-kata kerana ia mencerminkan niat sebenar kita. Saya telah menyaksikan perkara ini berlaku sejak sekian lama,” katanya.

Dalam masa sama, Fazura menjelaskan sokongan atau sikap tidak mengambil peduli bukan alasan untuk menyakiti orang lain.

Menurutnya, tindakan melontarkan kata-kata berunsur menyakitkan hati, apatah lagi berasaskan andaian, hanya akan meninggalkan kesan negatif dalam hubungan.

“Jika kita terus meluahkan sesuatu semata-mata untuk menyakiti orang lain berdasarkan andaian sendiri, ia akan meninggalkan kesan tidak baik dan akhirnya merosakkan persahabatan,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Fazura menyeru orang ramai agar mengutamakan nilai kebaikan dalam setiap interaksi, khususnya di platform digital.

Perkongsian berkenaan dilihat sebagai peringatan kepada masyarakat supaya sentiasa menjaga adab dan sensitiviti ketika berkomunikasi.

Beliau mengakhiri pesanan dengan ungkapan ringkas namun bermakna.

“Tolonglah, jadilah baik,” katanya. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here