Home Sukan Al-HILAL MARA Flamengo TERSINGKIR

Al-HILAL MARA Flamengo TERSINGKIR

283
0

Al HILAL menewaskan flamengo 3-2 awal pagi tadi untuk mara ke final piala dunia kelab, di Maghribi selepas salem Al-Dawsari meledak dua sepakan penalti. Pasukan dari arab saudi itu akan menentang sama ada antara juara eropah, real madrid atau wakil mesir, Al Ahly.

Al-Dawsari memulakan sepakan penalti pertama pada minit keempat selepas luciano vietto dikasari pertahanan kanan flamengo, matheuzinho. Penyerang kelab itu menjadi pemain pertama menjaringkan gol dan mereka berdepan lawan yang sama dalam dua edisi piala dunia kelab selepas aksi pertama berdepan kelab brazil itu pada 2019.

Pasukan itu terus menyamakan kedudukan selepas sejam apabila penyerang flemingo, pedro telah mengatasi penjaga gol, abdullah al muaiouf. Setelah sembilan minit dalam masa tambahan babak pertama, penalti kedua al-dawsari hadir, selepas vietto dijatuhkan bekas rakan sepasukan di marseille, gerson.

Al Hilal semakin hampir ke final apabila vietto menjaringakn gol hasil hantaran al-dawsari semasa minit permainan, berbaki 20 minit. Berbaki enam minit masa tambahan, pedro turut mengurangkan defisit dengan tampanan mudah ke gawang al hilal, tetapi ia belum cukup untuk mencipta kebangkitan buat kelab itu.

— Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here