JOHOR BAHRU: Kali kedua mendapat panggilan menyertai kem latihan Harimau Malaya di bawah kendalian ketua jurulatih, Peter Cklamovski enggan dipersia-siakan Faisal Halim dan bersedia membalas kepercayaan yang diberikan kepadanya.
Memetik laporan Harian Metri, malah tonggak sayap Selangor FC itu berkata, dia sudah bersedia sepenuhnya dan akan memberikan yang terbaik bagi mengharungi sesi latihan fasa kedua di bawah kendalian pengendali Australia itu sekali gus menyuntik kekuatan buat skuad Harimau Malaya.
“Alhamdulillah, ini adalah kali kedua dapat panggilan daripada coach Peter. Justeru, saya bertekad dan bersemangat untuk mendapatkan setelah seperti dahulu kala.
“Apa yang saya boleh katakan sekarang adalah ini fasa untuk saya mengejar balik apa yang ketinggalan sebelum ini dan saya mahu mencari semula rentak permainan yang lalu.
“Saya rasa setahun yang lalu adalah satu pengajaran dan detik hitam yang sudah berlaku dan mahu dilupakan. Sekarang waktu saya untuk fokus dalam karier saya balik,” katanya.
Ditanya mengenai saingan sengit untuk beraksi di posisi lamanya, Faisal yang mesra disapa dengar gelaran `Mickey’ tidak menganggap itu isu yang membebankan.
Katanya, dia akan serahkan kepada kebijaksanaan ketua jurulatih sama ada untuk membuat percaturan yang terbaik buat perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 bertemu Cape Verde dan perlawanan kedua pusingan ketigaKumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2026/2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil masing-masing pada 29 Mei dan 10 Jun depan.
“Sekiranya jurulatih merasakan saya belum bersedia, saya tak ada masalah. Tapi sebagai pemain, saya akan memberikan yang terbaik dengan sebaik mungkin di atas padang.
“Saya rasa fokus saya sekarang hanyalah untuk mencari semula prestasi yang terbaik dan membantu skuad Harimau Malaya.
“Apa yang saya boleh katakan, 29 Mei ini adalah satu pelawanan yang penting juga untuk skuad sebagai persiapan menghadapi Vietnam. Bila kita lawan dengan pasukan yang ranking lebih tinggi daripada kita, ia menuntut kita untuk beraksi lebih baik.
“Ia bukan ranking semata-mata, kita akan mempamerkan aksi berkualiti di atas padang kelak. Kita akan dapat ukur prestasi pasukan sama ada perlu tambah baik ataupun kita dah cukup untuk hadapi Vietnam,” ujarnya. – HMetro Online –
IMedikel TV






